Monday 24 April 2017

LOKASI DAN GAMBAR SURAU AL-IKHWAN

LOKASI SURAU AL-IKHWAN SEKSYEN 5
Surau Al-Ikhwan berada di Jalan 5c/5 Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Surau Al-Ikhwan terletak berhadapan dengan perumahan bertingkat Bangi Idaman Seksyen 5. Ruang Solat lelaki adala 40x6  kaki persegi manakala bahagian ruang solat wanita adalah 40x40 kaki persegi.

                                     Gambar menunjukkan bahagian awal surau Al-Ikhwan
                                                               sebelum dinaik taraf.

                                              Surau Al-Ikhwan yang terletak di Seksyen 5
                                                              Bandar Baru Bangi

                                                Surau Al-Ikhwan dari pandangan hadapan. 
                                                                    Cantik dan luas :)

                                                  Surau Al-Ikhwan yang terletak berhadapan
                                               dengan perumahan bertingkat Bangi Idaman :)

SEJARAH PENUBUHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Pada entri kali ini, saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Surau Al-Ikhwan. Surau Al-Ikhwan ini terletak di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi Selangor. Penubuhan Surau Al-Ikhwan ini bermula pada tahun 1951 dimana Taman Perumahan di sekitar Seksyen 5 ini telah dibangunkan dan mengalami pertambahan penduduk dari tahun ke tahun. Hasil perbincangan dari penduduk setempat yang merasakan perlunya penubuhan surau dikawasan perumahan Seksyen 5 itu sebagai tempat berkumpul penduduk setempat untuk beribadah, maka satu gotong royong telah diadakan bagi membangun surau ini.

Surau kecil al-Ikhwan ini mula didirikan pada awal tahun 1998. Sejak itu surau ini berperanan memenuhi tuntutan kifayah, pusat pendidikan, kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan bagi penduduk 5C dan 5D Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.
Surau kecil Al-Ikhwan mengalami pertambahan bilangan jemaah yang hadir dari satu Surau yang sedia ada hanya dapat menampung seramai 60 ahli jemaah sahaja. Jadi, pada tahun 2004, satu gotong royong bersama penduduk perumahan bagi membangunkan surau Al-Ikhwan telah diadakan. Kini surau asal tersebut dijadikan kelas tahfiz dan bacaan al-Quran bagi anak-anak penduduk setempat.

                                        Gambar menunjukkan surau kecil Al-Ikhwan yang kini 
                                   dijadikan kelas mengaji bagi anak-anak penduduk setempat

Pada tahun 2008 pula, kehadiran jemaah surau semakin memberangsangkan dan pihak penduduk bersepakat untuk membesarkan surau yang telah siap pada tahun 2010.  Kos yang diperlukan bagi membesarkan surau pada fasa pertama ini adalah sebanyak RM 340 000. Sebahagian besar dari dana adalah sumbangan wakaf dari penduduk sekitar dan RM50 000 adalah dari sumbangan Pusat Zakat Selangor.

Pembangunan fasa ke-2 Surau Al-Ikhwan adalah pada tahun 2016, dimana pihak jawatankuasa surau dengan persetujuan penduduk mula membesarkan ruang solat bahagian wanita yang berada di sebalah kiri surau. Kos yang digunakan adalah sebanyak RM100 000 yang dibiayai oleh kutipan dana penduduk setempat.

                                  Gambar sewaktu persatuan penduduk usai majlis pelancaran 
                                                                       Surau Al-Ikhwan


Thursday 20 April 2017

Perkongsian Sejarah Surau: Majlis Kesyukuran Surau Al-Ikhwan

Pada 22 Jamadil Awal = 16 April (Sabtu), Surau Al-Ikhwan dikerumuni penduduk di sekitar Seksyen 5 Bandar Baru Bangi untuk bersama-sama menyertai Majlis Kesyukuran yang diadakan di surau ini. Majlis kesyukuran ini diadakan kerana siap dan sempurnanya pembinaan surau berkenaan. Pada bulan Mei 2010, tempat surau itu ditandakan dan dimaklumkan bahawa sejak itu bangunan mula didirikan dan akhirnya siap pada bulan November 2010, iaitu sebelum hariraya Idul Adhha pada tahun tersebut dan sejak itu surau tersebut digunakan hingga kini. Ini hanya menandakan kegigihan AJK dan kerjasama penduduk dan penderma surau ini disiapkan dalam masa ENAM BULAN SAHAJA!






Malam kesyukuran ini dihadiri oleh Ustaz Haji Basri Omar iaitu Ketua Penolong Pengarah Pengurusan  Masjid di JAIS, Ustaz Qari bin Musa iaitu Pengerusi AJK Surau, Dr Rushdi bin Jusoh iaitu Pengerusi AJK Persatuan Penduduk dan para jemaah. Sebelum majlis dimulakan, waktu antara Maghrib dan Isya` diisi dengan tazkirah berhubung dengan masjid yang disampaikan oleh Ustaz Hazaruddin dari Jawi yang mana beliau juga sebagai pengajar di surau ini dua kali sebulan.   

        
Majlis Kesyukuran dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau Ustaz Qari yang mengucap terima kasih pada tetamu jemputan yang sudi hadir ke jemputan Majlis Kesyukuran. Beliau menggalurkan sejarah pembinaan Surau al Ikhwan dan bersyukur kerana berjaya mendapat dana dan membinanya dalam masa 6 bulan. Menurutnya surau disiapkan dengan kos RM380,000. Sebanyak RM50,000 didapati dari Lembaga Zakat Negeri Selangor. Selain dari tiu adalah dari derma orang ramai. Menurutnya ada Hamba Allah yang menderma secara perseorangan sebanyak RM100,000. Pada malam ini individu-individu yang menderma satu riba ke atas dijemput untuk menghadiri Majlis Kesyukuran. Pengerusi Persatuan Penduduk Dr. Rashdi memaklumkan bahawa AJK Surau dan AJK Persatuan Penduduk mempunyai hubungan yang rapat, termasuklah mencari derma bagi dana Surau dan memakmurkan Surau. Kata beliau, jamuan pada malam ini adalah dari peruntukan Persatuan Penduduk. 

            Tuan Haji Basari selaku Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid memaklumkan permohonan bagi mendiri masjid dan surau adalah meningkat, kita memang menggalakkan pertambahan masjid dan surau, katanya. Beliau juga menyebut jumlah Masjid yang melebihi 350 buah dan surau melebihi 1,600. Beliau berucap terakhir dengan menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana surau telah dapat disiapkan dalam masa enam bulan dan memandangkan surau ini agak besar dan dapat memuatkan lebih kurang 300 orang, mungkin ini satu rekod bagi kecepatan pembinaan surau. Akhirnya beliau menyatakan harapan beliau untuk mengisikan surau dengan berbagai kegiatan keagamaan, pendidikan dan kemasyarakatan. Biarlah surau menjadi agen yang menyatupadu dan memajukan penduduk di sini. Pada akhir majlis jamuan diadakan di bawah khemah yang dipasang dihadapan surau.  

Thursday 13 April 2017

pengenalan surau al ikhwan

Assalamualaikum dan Selamat Datang Ke blog Surau Al-Ikhwan yang terletak di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.
Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi serba sedikit maklumar mengenai surau ini dan update terkini mengenai majlis ilmu yang dianjurkan oleh Surau Al-Ikhwan.

Selamat Membaca.
Semoga Sentiasa Dalam RahmatNya.

LOKASI DAN GAMBAR SURAU AL-IKHWAN

LOKASI SURAU AL-IKHWAN SEKSYEN 5 Surau Al-Ikhwan berada di Jalan 5c/5 Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Surau Al-Ikhwan terletak berhadapan de...