Monday 24 April 2017

SEJARAH PENUBUHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Pada entri kali ini, saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Surau Al-Ikhwan. Surau Al-Ikhwan ini terletak di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi Selangor. Penubuhan Surau Al-Ikhwan ini bermula pada tahun 1951 dimana Taman Perumahan di sekitar Seksyen 5 ini telah dibangunkan dan mengalami pertambahan penduduk dari tahun ke tahun. Hasil perbincangan dari penduduk setempat yang merasakan perlunya penubuhan surau dikawasan perumahan Seksyen 5 itu sebagai tempat berkumpul penduduk setempat untuk beribadah, maka satu gotong royong telah diadakan bagi membangun surau ini.

Surau kecil al-Ikhwan ini mula didirikan pada awal tahun 1998. Sejak itu surau ini berperanan memenuhi tuntutan kifayah, pusat pendidikan, kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan bagi penduduk 5C dan 5D Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.
Surau kecil Al-Ikhwan mengalami pertambahan bilangan jemaah yang hadir dari satu Surau yang sedia ada hanya dapat menampung seramai 60 ahli jemaah sahaja. Jadi, pada tahun 2004, satu gotong royong bersama penduduk perumahan bagi membangunkan surau Al-Ikhwan telah diadakan. Kini surau asal tersebut dijadikan kelas tahfiz dan bacaan al-Quran bagi anak-anak penduduk setempat.

                                        Gambar menunjukkan surau kecil Al-Ikhwan yang kini 
                                   dijadikan kelas mengaji bagi anak-anak penduduk setempat

Pada tahun 2008 pula, kehadiran jemaah surau semakin memberangsangkan dan pihak penduduk bersepakat untuk membesarkan surau yang telah siap pada tahun 2010.  Kos yang diperlukan bagi membesarkan surau pada fasa pertama ini adalah sebanyak RM 340 000. Sebahagian besar dari dana adalah sumbangan wakaf dari penduduk sekitar dan RM50 000 adalah dari sumbangan Pusat Zakat Selangor.

Pembangunan fasa ke-2 Surau Al-Ikhwan adalah pada tahun 2016, dimana pihak jawatankuasa surau dengan persetujuan penduduk mula membesarkan ruang solat bahagian wanita yang berada di sebalah kiri surau. Kos yang digunakan adalah sebanyak RM100 000 yang dibiayai oleh kutipan dana penduduk setempat.

                                  Gambar sewaktu persatuan penduduk usai majlis pelancaran 
                                                                       Surau Al-Ikhwan


No comments:

Post a Comment

LOKASI DAN GAMBAR SURAU AL-IKHWAN

LOKASI SURAU AL-IKHWAN SEKSYEN 5 Surau Al-Ikhwan berada di Jalan 5c/5 Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Surau Al-Ikhwan terletak berhadapan de...